TAMAN BERSATU
TAMAN BERSATU KG. NUNTUNAN APIN-APIN
Kopisanangan! kami ingin memperkenalkan satu tempat yang menarik dan boleh meningkatkan produk pelancongan. Pada minggu lalu kami telah pergi ke Taman Bersatu Nuntunan Apin-Apin keningau, Sabah. kamurang mau taukah? kami pun terpesona dengan ini tempat sebab kawasan yang semulajadi dan pemandangan yang indah. Tempat ini mempunyai sejarah tersndiri iatu Batu peringatan askar Jepun. Batu tersebut dikatakan sebagai Tugu Pertahanan Jepun dan telah ditinggalkan sejak peperangan tamat. Terus kamurang mau tau lagikah? di tempat itu terdapat beberapan aktiviti yang dilakukan seperti berkelah, memancing , bermandi-manda dan mengambil gambar. Disana kamurang dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan kerana disana tempat yang tenang bagi orang-orang yang memerlukan ketenangan. Tempat ini beroperasi dari jam 8am hinggan 5 petang. pengunjung juga akan di cas ,pembayaran bagi dewasa Rm3 dan bagi kanak-kanak boleh masuk secara percuma.
Kami juga telah mencadangkan beberapa aktiviti tambahan untuk menambahkan tarikan minat pelancong berkunjung di tempat ini seperti , berbasikal , membina chalet , mini rafting , pertandingan memancing dan flying fox. Dengan adanya penambahan ini , tempat tersebut akan lebih maju kerana kehadiran para pelancong yang tertarik pada tempat tersebut.
Okay sampai sini sahaja perkongsian kami, so datanglah berkunjung ke sini bersama keluarga yang tercinta dan juga kawan-kawan yang tercinta. Kehadiran para pelancong ke sini amat dialu-alukan. Ponsikou.
Comments
Post a Comment